Proses-proses menampal papan iklan Kiosk DBS5A dengan slogan lapar,dahaga dan ingin bergaya.
.
Dari sudut tepi papan iklan DBS5A yang baru nampak menarik..
Sesi memasang papan iklan DBS5A yang diletakkan ditengah- tengah tapak Kiosk YES supaya pelanggan mendapat informasi aktiviti penjualan kami. Ribuan terima di ucapkan kepada pelajar-pelajar DBS5A yang dapat meluangkan masa membantu pemasangan papan iklan DBS5A.
Proses menyelenggara stor Kiosk yang dilakukan pada hujung minggu oleh beberapa pelajar DBS5A
Antara barang-barang yang telah dikeluarkan dari stor Kiosk DBS5A
Ribuan Terima kasih diucapkan kepada fifi,zila,syahrin,rihana dan nazrin kerana bersama-sama berkerjasama dan bertungkus-lumus pada hujung minggu untuk membersihkan stor Kiosk DBS5A.
Semperna menyambut perayaan pada hari Ahad 27/1/2013 perlu kita mengambil tahu serba sedikit tentang perayaan masyarakat Hindu di Malaysia..
Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini.Tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.
Pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu dianggap paling suci . Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak , warna , daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Tidak semua penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini.
Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan menyapukan campuran serbuk cendana dan air di atas kepala. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu. Ia merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar.
Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, kavadi akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk. Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan. Pembawa kavadi ini terdiri daripada lelaki , perempuan, tua, muda dan kanak-kanak. Berat dan saiz kavadi ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari tempat masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik , mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa, pembawa kavadi akan berehat di tangga-tangga tertentu , berehat dan diberi minum.
Pelbagai cara menyiksa diri bagi menunjukkan mereka memohon ampun. Antaranya ialah berjalan di atas kasut berpaku. Mereka melangkah perlahan-lahan mendaki tangga-tangga kuil hingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves. Ada juga yang mencucuk panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan panjang. Yang lain pula mencucuk belakang mereka dengan puluhan mata pancing yang bersaiz 10 sm. Mata pancing itu disangkut dengan buah limau nipis yang teramat pedih rasanya. Ada juga mata pancing itu bertali dan ditarik oleh para pembantu.
Boleh dikatakan semua mereka berada di dalam keadaan separuh sedar.
Seorang remaja 17 tahun,Syed Muhammad Syed Abdullah yang minat terhadap iPhone dan Steve Jobs telah menghasilkan permainan aplikasi yang hanya boleh dilayari di iPhone ialah Surfing Fast, Who Created, Simple exCode dan bendera Digital Harimau Malaya melalui telefon pintar sewaktu beliau duduk berseorangan di dalam bilik.
Rekaannya, mendapat sambutan dari pengguna iPhone di 30 negara dan mampu menembusi perisian syarikat telekomunikasi terkemuka dunia, Apple serta diiktikraf terbaik dunia.
Bagi aplikasi Who Created, permainan ilmu berkisar mengenai sejarah penciptaan alatan dan terkandung soalan tertentu sebelum jawapan disediakan di halaman bersebelahan.
Bagi Surfing Fast, menghimpunkan Facebook, Twitter, Youtube,Google, Emel, Wikipedia, Gmail, Yahoo, MySpace, Amazon, CNN, CNET, Weather, NFT,NBA dan Footbal dalam satu aplikasi mudah iPhone.
Bagi Simple exCode, dicipta khas untuk pembelajaran kaedah mencipta aplikasi dan permainan lain di iPhone.
Akhir sekali, bendera Digital Harimau Malaya masih dalam proses penghasilan dan akan disiapkan tidak lama lagi.
Kesimpulannya, memanfaatkan sepenuhnya teknologi dan telekomunikasi yang tersedia ada sebelum tercetus idea menghasilkan produk aplikasi.
Semperna meraikan Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW...marilah kita sama-sama menghayati erti sebenar Maulidur Rasul...
Tanggal 12 Rabiulawal merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Kedatangan Nabi Muhammad merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini. Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal pencipta mereka. Pada masa tersebut, penyembahan terhadap berhala-berhala adalah merupakan satu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi berleluasa, merompak serta membunuh adalah suatu keberanian. Sehubungan ini Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan ini dan membawanya kepada cahaya Ilahi.
Keperibadian Terpuji
Masyarakat Arab Quraisy amat senang dengan keperibadian yang dimiliki oleh nabi Muhammad, baginda pernah hidup bersama-sama masyarakat Quraisy, pernah bersama-sama membangunkan semula Kaabah yang runtuh akibat banjir. Baginda dikenali di kalangan masyarakat Arab sebagai seorang yang baik budi pekertinya, seorang yang amanah sehingga digelar al-amin.
Tetapi mengapa tiba-tiba nabi Muhammad menjadi orang yang paling mereka benci? Apakah orang Quraisy tidak kenal siapa baginda sehingga mereka ingin membunuhnya? Mereka benar-benar telah merancang untuk membunuh nabi Muhammad dengan berbagai-bagai perancangan jahat, namun baginda diselamatkan oleh Allah. Allah merakamkan perancangan jahat orang musyrikin untuk membunuh nabi Muhammad S.A.W akan tetapi Allah telah menggagalkan perancangan mereka. Firman Allah dalam surat al-Anfal ayat 30:
"Ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang kafir musyrik ( Mekah ) menjalankan perancangan jahat terhadapmu untuk menjarakkanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka menjalankan perancangan jahat dan Allah menggagalkan perancangan jahat (mereka). Allah sebaik-baik yang menggagalkan perancangan jahat".
Ketokohan
Baginda Rasulullah S.A.W. mempunyai pandangan yang jauh, akal fikiran yang tajam , semangat juang yang tinggi, kekuatan mental dan rohani serta tabah dan berani dalam menempuh pelbagai cabaran dan dugaan yang seharusnya dicontohi, sama ada di waktu penghijrahannya dari kota Mekah ke kota Madinah atau selepasnya. Oleh yang demikian, umat Islam hendaklah bangun membina kekuatan rohani seimbang dengan kekuatan mental dan jasmani seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah S.A.W. dalam menyebar luas syiar Islam. Oleh itu setiap umat Islam adalah bertanggungjawab mempertahankan agama Allah.
Ketokohan nabi Muhammad sebagai manusia teragung yang pernah dilahirkan di muka bumi ini memang tidak dapat disangkal lagi walaupun oleh orientalis-orientalis dari barat. Jika hendak dibandingkan dengan ajaran lain seperti Kristian, Buddha, mahupun Yahudi, Rasulullah (S.A.W) merupakan satu-satunya pengasas agama yang secara jelas sejarahnya diceritakan sejak baginda dilahirkan sehingga baginda wafat. Ketokohan Nabi Muhammad (S.A.W) dalam memimpin sebuah negara, menjadi seorang jeneral perang, menunjukkan contoh yang terbaik kepada umatnya bagaimana untuk menjadi seorang sahabat, ayah, suami, anak dan lain-lain menjadikan baginda sebagai manusia yang teragung yang pernah dilahirkan hingga ke hari ini.
Kesimpulan
Oleh yang demikian wajarlah kita merenung kembali sirah Rasulullah (S.A.W) dan mengkaji sendiri tentang manusia teragung ini dan peranannya dalam pembangunan manusia sejagat. Maulidur Rasul juga merupakan masanya bagi umat Islam untuk memperingati semula Rasulullah s.a.w. dan seterusnya menjadikan contoh sifat dan kehidupannya kerana baginda adalah teladan terbaik.
Program Jejak Usahawan Mahasiswa oleh Tuan Syed Ageel Syed Mahayaddin Al-Haddad di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang
salah 1 produk....
Al Haddad Marketing Sdn Bhd merupakan syarikat pengeluar minuman seisi keluarga yang mempunyai nilai tambah dari segi kesihatan.
Produk yang dikeluarkan dicampurkan dengan herba-herba bermutu tinggi dan memang terkenal dengan khasiatnya yang paling berkualiti. Produk Al Haddad Marketing Sdn Bhd dikeluarkan menggunakan bahan-bahan terpilih dan diyakini oleh pengguna akan manfaatnya kepada tubuh badan.
Kini telah melebarkan sayap perniagaan dengan mengeluarkan produk-produk kegunaan harian dan penjagaan enjin permotoran. Maklumbalas yang baik daripada pengguna telah meyakinkan kami mengorak langkah untuk memperhebatkan lagi usaha supaya produk kami diterima oleh semua pengguna ke peringkat antarabangsa..
antara kata-katanya,
"High Risk High Return"
" Beautiful thoughts and positive emotions are the stuff miracles are made of "
" Great Leader don't tell you what to do,...they show you how its done"
Pelajaran
adalah amat penting sebagai kayu pengukur terhadap kejayaan masa depan
seseorang. Selain daripada itu, pemilihan bidang yang ingin diceburi juga
memainkan peranan untuk meningkatkan peratus peluang pekerjaan yang diinginkan.
Berkemungkinan anda sendiri, anak, rakan, jiran, suami atau sebagainya masih
tercari-cari bidang apakah yang perlu diceburi. scope kerja yang dilampirkan akan membantu anda untuk
memberikan gambaran secara kasar mengenai bidang yang mendapat permintaan yang
tinggi. Mungkin artikel ini serba sedikit dapat membantu anda untuk membuat
keputusan.
a)Pengurusan perniagaan- Mungkin disebabkan oleh kefleksibelitian bidang
ini membuatkannya termasuk di dalam ijazah yang mendapat permintaan tinggi.
Anda boleh bekerja di bank, organisasi swasta atau kerajaan dan sebagainya.
Skop pembelajarannya yang luas seperti kewangan, komunikasi, pemasaran, atau
e-dagang merupakan salah satu kelebihan utama dalam bidang ini. Selain daripada
itu, ia juga turut membantu anda untuk menjadi seorang usahawan tanpa
bergantung pada mana-mana pihak.
b) Komputer Sains- Disebabkan oleh pembangunan teknologi yang
terlalu pesat pada waktu ini, membuatkan bidang komputer sains turut mengalami
perubahan terhadap keperluan pekerja yang tinggi. Sekiranya diperhatikan, boleh
dikatakan keseluruhan industri perniagaan pada abad 21 akan melibatkan bidang
kemahiran komputer didalam perniagaan mereka. Bidang ini juga dijangkakan akan
terus berkembang dari semasa ke semasa.
c) Kujuruteraan- Bidang ini terus kekal didalam senarai yang
mendapat permintaan tinggi adalah kerana penggunaan mesin untuk melakukan
pekerjaan akan terus berkembang dari semasa ke semasa. Ia juga boleh dikatakan
sama seperti bidang komputer tetapi ia melibatkan pengendalian peralatan yang
lebih kompleks.
d) Kewangan- Pengurusan kewangan yang baik adalah amat penting
untuk sesebuah organisasi mengekalkan tempat, atau memperluaskan lagi pengaruh
mereka didalam sesuatu industri. Tidak hairanlah sekiranya sesuatu organisasi
itu sanggup mengambil pekerja yang ramai untuk memastikan kelancaran kewangan
mereka. Mengetahui terhadap pasaran semasa juga amat penting dalam membantu
melakukan perancangan pada masa akan datang.
e) Akaun- Adakah anda pernah tertanya-tanya mengapakah
sesebuah organisasi sanggup membayar dengan jumlah yang banyak terhadap
akauntan yang berkelayakanan. Bukan itu sahaja, sebahagian besar organisasi
akan mengambil jumlah pekerja yang ramai untuk menjaga akaun mereka. Ia
menunjukkan batapa pentingnya untuk sesebuah organisasi itu mengetahui aliran
kewangan yang berlaku secara harian, bulanan, atau tahunan. Sekiranya mereka
tidak mengetahui kemana wang telah disalurkan, pasti akan berlaku pembaziran
yang akan menyebabkan kerugian. Seperti yang anda tahu, tujuan utama sesuatu
organisasi itu ditubuhkan adalah untuk mengaut keuntungan.
Sekiranya diperhatikan 3 daripada 5
bidang yang mendapat permintaan tinggi adalah didalam bidang pengurusan. Ia
menunjukkan betapa pentingnya pengurusan untuk membantu kemajuan sesuatu
organisasi itu. Pasti anda berasa pelik mengapa bidang doktor tidak termasuk di
dalam senarai ini, ini adalah kerana bidang doktor adalah bidang yang kritikal
dan bukannya bidang yang mendapat permintaan tinggi. Apabila sudah memenuhi
jumlah doktor yang diinginkan, pengambilan akan dibekukan kerana pertumbuhan
institusi kesihatan tidak sama dengan industri yang lain.
Nikmat berniaga hari ini sungguh mencabar minda dan tenaga masa diperuntukkan selama 1 jam bagi menyelesaikan task kami yang sebelum ini pada post " wow intelligent - p 6"....
task ke-2 diberi
jelas terpancar kehebatan kami berlima dalam soal jual " kerepek ubi " heheee....
hanya memerlukan masa 45 minit untuk "sold out" & skrang perlu selesaikan task ke-2...
bermodalkan RM30 sahaja keuntungan 2X ganda...woww
nikmat keuntungan telah dapat kami rasai...
bila lagi anda smue ingin merasai...???
Perjalanan Perniagaan yang berlangsung di tapak YES berjalan lancar. Banyak cabaran yang kami kelas DBS5A tempuh. Alhamdullilah berkat kerjasama dan komitmen semua pelajar DBS5A aktiviti keusahawanan kiosk berjalan lancar aminnn...
Pernahkah anda terfikir bahawa 1 hari nanti akan " membuat duit " melalui alam maya???? Ikuti kisah Imran usahwan laman web yang menyumbang idea dalam bidang pembinaan laman web... Imran Che Omar seorang remaja berusia 23 tahun yang merupakan graduan lepasan Universiti Industri Selangor dalam bidang Diploma Pengimejan Perubatan ( Diagnostik ) melibatkan diri dalam bidang pembinaan laman web atas dorongan beberapa rakannya. Pada mulanya menjalankan aktiviti perniagaan secara kecil-kecilan di rumah bagi mendapatkan wang tambahan untuk menampung perbelanjaan harian dan mengasah bakat serta belajar teknik asas membuat laman web melalui laman YouTube. Objektif utama Imran dalam perniagaan pembikinan laman web adalah "1 Malaysia 1 laman web".
Ingin mengetahui lebih lanjut tentang Imran Usahawan Laman Web click - www.berjayaweb.com
Task yg tidak dsangka2...
nielah masanya kami menunjukkan skill kami....
tok chpter 2 entrepreneur development "buying & selling"
jom follow first step until the end...
1. "Who" siapa akan membeli PRODUK & PERKHIDMATAN yang ditawarkan 2. "What" apa produk & perkhidmatan yang ditawarkan bagi memenuhi KEPERLUAN & KEHENDAK pelanggan 3. "Where" dimana patut kita pasarkan bagi pelanggan KENAL produk & perkhidmatan yang ditawarkan 4. "When" bila produk & perkhidmatan akan dipasarkan bagi mencapai TARGET 5. "Why" kenapa pilihan produk dipilih sebagai ICON cagaran pasaran 6. "How" bagaimana nak melaksanakan supaya mendapat KEUNTUNGAN
Aktiviti Gotong-royong di dataran "YES" Youth Entreprenuer Station....
Perghh...seronoknyeee bermain air.. smpai ada yang tergelincir nasib x jatuh hehee.....plus2 ade yang selipar putus.. kami berganding bahu , bekerjasama antara satu sama lain, merapatkan hubungan dan itulah DBS 5A :) babyy
Sebut sahaja pasal coklat, sudah ramai yang beranggapan ia adalah gizi yang tidak sihat dan menggemukkan.Tanpa anda sedari, fakta itu tidak benar sama sekali. Sebenarnya, coklat juga mempunyai khasiat dan kebaikannya yang tersendiri. Malah, dalam menu diet, ia turut di sarankan sebagai salah satu makanan yang baik. Sebelum ini, kita mendengar banyak fakta tentang coklat yang berbaur negatif. Oleh itu, marilah kita ubah persepsi tentang coklat.
Antara perkara karut yang paling umum ialah coklat menyebabkan jerawat, terutamanya di kalangan remaja. Ini sama sekali tidak benar. Maklumat sekian lamajelas membuktikan bahawa coklat tidak menyebabkan jerawat. Sebaliknya, amalan pemakanan yang kurang baik, punca utama jerawat, tetapi kita lebih mudah menyalahkan coklat. Perubahan hormon ketika baligh, ditambah pengambilan makanan kurang zink dan banyak iodin, punca utama mengapa jerawat tumbuh. Jerawat biasanya tumbuh apabila seseorang mencapai usia remaja. Pertambahan hormon menyebabkan kelenjar mengeluarkan sebum, yang mengalir ke permukaan kulit secara semulajadi. Jika pengaliranya tersekat, sebum terkumpul lalu membentuk jerawat. Ensiklopedia Dermatologi menjelaskan dengan tepat bahawa pemakanan tiada kena mengena dalam pengurusan jerawat.
Coklat tidak menggemukkan. Isu sebenarnya, apabila kita makan berlebihan. Perangkaan terbaru dari seluruh dunia menunjukkan, bilangan orang gemuk kian ramai. Makan sederhana termasuk coklat, diiringi senaman kardiovaskular, adalah rahsia mengekalkan berat badan sihat. Yang penting, tahap kecergasan, bukan hanya kehilangan berat badan. Doktor dan pakar pemakanan, orang terbaik yang boleh menasihati mengenai pengurusan berat badan. Bagaimanapun, petua termudah ialah makan secara sederhana. Sebenarnya, tiada sesuatu makanan tertentu yang boleh menggemukka. Lazimnya, yang menentukan berat badan seseorang ialah jumlah makanan yang dimakan.
Penghidap diabetes boleh makan coklat. Dalam tempoh 20 tahun yang lalu, pelbagai perubahan besar dalam nasihat pemakanan diberiakan kepada penghidap diabetes. Persatuan Diabetes Britain, Persatuan Dietitik Amerika Dan Persatuan Diabetes Malaysia kini mengakui bahawa pengambilan gula, atau makanan bergula, dalam jumlah terhad sebagai sebahagian diet tinggi serat dan rendah lemak boleh diterima.Justeru, penghidap diabetis boleh menikmati coklat, tetapi secara sederhana, mengikut nasiahat pakar pemakanan.
Coklat tidak sebabkan sakit jantung. Dalam kes sakit jantung, coklat juga yang dipersalahkan. Punca utama peningkatan kes sakit jantung di Malaysia ialah gaya hidup kurang sihat dan kurang cergas. Merokok, kurang bersenam, pemakanan tidak seimbang dan berlemak tepu adalah penyebab sebenarnya. Sebaliknya coklat mengandungi antioksidan, dikenali sebagai fenol, yang mungkin mampu mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolesterol LDL). Hasil kajian terkini menunjukkan bahawa asid stearik pada mentega koko atau lemak dalam coklat tidak memberi kesan kepada klesterol darah.
Perbincangan perlantikkan AJK DBS 5A buat pertama kali telah dilakukan....
Keputusan telah dibuat bagi memastikan program-program yang bakal dijalankan terlaksana dengan sistematik... Good Job!!!!!
Di dalam kelas Enterpreneurship kami telah diarahkan untuk memerah 'brain intelligent' memikirkan produk yang unik dan dikongsikan kepada rakan-rakan.Di dataran 'YES' kami telah membentangkan hasil idea 'renovation' kami kepada kumpulan lain dan hasilnya jeng...jeng..jeng.... kami mendapat 'feedback' positif dan negatif .