Pelajaran
adalah amat penting sebagai kayu pengukur terhadap kejayaan masa depan
seseorang. Selain daripada itu, pemilihan bidang yang ingin diceburi juga
memainkan peranan untuk meningkatkan peratus peluang pekerjaan yang diinginkan.
Berkemungkinan anda sendiri, anak, rakan, jiran, suami atau sebagainya masih
tercari-cari bidang apakah yang perlu diceburi. scope kerja yang dilampirkan akan membantu anda untuk
memberikan gambaran secara kasar mengenai bidang yang mendapat permintaan yang
tinggi. Mungkin artikel ini serba sedikit dapat membantu anda untuk membuat
keputusan.
a) Pengurusan perniagaan- Mungkin disebabkan oleh kefleksibelitian bidang
ini membuatkannya termasuk di dalam ijazah yang mendapat permintaan tinggi.
Anda boleh bekerja di bank, organisasi swasta atau kerajaan dan sebagainya.
Skop pembelajarannya yang luas seperti kewangan, komunikasi, pemasaran, atau
e-dagang merupakan salah satu kelebihan utama dalam bidang ini. Selain daripada
itu, ia juga turut membantu anda untuk menjadi seorang usahawan tanpa
bergantung pada mana-mana pihak.
b) Komputer Sains- Disebabkan oleh pembangunan teknologi yang
terlalu pesat pada waktu ini, membuatkan bidang komputer sains turut mengalami
perubahan terhadap keperluan pekerja yang tinggi. Sekiranya diperhatikan, boleh
dikatakan keseluruhan industri perniagaan pada abad 21 akan melibatkan bidang
kemahiran komputer didalam perniagaan mereka. Bidang ini juga dijangkakan akan
terus berkembang dari semasa ke semasa.
c) Kujuruteraan- Bidang ini terus kekal didalam senarai yang
mendapat permintaan tinggi adalah kerana penggunaan mesin untuk melakukan
pekerjaan akan terus berkembang dari semasa ke semasa. Ia juga boleh dikatakan
sama seperti bidang komputer tetapi ia melibatkan pengendalian peralatan yang
lebih kompleks.
d) Kewangan- Pengurusan kewangan yang baik adalah amat penting
untuk sesebuah organisasi mengekalkan tempat, atau memperluaskan lagi pengaruh
mereka didalam sesuatu industri. Tidak hairanlah sekiranya sesuatu organisasi
itu sanggup mengambil pekerja yang ramai untuk memastikan kelancaran kewangan
mereka. Mengetahui terhadap pasaran semasa juga amat penting dalam membantu
melakukan perancangan pada masa akan datang.
e) Akaun- Adakah anda pernah tertanya-tanya mengapakah
sesebuah organisasi sanggup membayar dengan jumlah yang banyak terhadap
akauntan yang berkelayakanan. Bukan itu sahaja, sebahagian besar organisasi
akan mengambil jumlah pekerja yang ramai untuk menjaga akaun mereka. Ia
menunjukkan batapa pentingnya untuk sesebuah organisasi itu mengetahui aliran
kewangan yang berlaku secara harian, bulanan, atau tahunan. Sekiranya mereka
tidak mengetahui kemana wang telah disalurkan, pasti akan berlaku pembaziran
yang akan menyebabkan kerugian. Seperti yang anda tahu, tujuan utama sesuatu
organisasi itu ditubuhkan adalah untuk mengaut keuntungan.
Sekiranya diperhatikan 3 daripada 5
bidang yang mendapat permintaan tinggi adalah didalam bidang pengurusan. Ia
menunjukkan betapa pentingnya pengurusan untuk membantu kemajuan sesuatu
organisasi itu. Pasti anda berasa pelik mengapa bidang doktor tidak termasuk di
dalam senarai ini, ini adalah kerana bidang doktor adalah bidang yang kritikal
dan bukannya bidang yang mendapat permintaan tinggi. Apabila sudah memenuhi
jumlah doktor yang diinginkan, pengambilan akan dibekukan kerana pertumbuhan
institusi kesihatan tidak sama dengan industri yang lain.
mari kita sama2 renungkan & selamat beramal....
No comments:
Post a Comment