Friday, 25 January 2013
Wow Intelligent - P16
Seorang remaja 17 tahun,Syed Muhammad Syed Abdullah yang minat terhadap iPhone dan Steve Jobs telah menghasilkan permainan aplikasi yang hanya boleh dilayari di iPhone ialah Surfing Fast, Who Created, Simple exCode dan bendera Digital Harimau Malaya melalui telefon pintar sewaktu beliau duduk berseorangan di dalam bilik.
Rekaannya, mendapat sambutan dari pengguna iPhone di 30 negara dan mampu menembusi perisian syarikat telekomunikasi terkemuka dunia, Apple serta diiktikraf terbaik dunia.
Bagi aplikasi Who Created, permainan ilmu berkisar mengenai sejarah penciptaan alatan dan terkandung soalan tertentu sebelum jawapan disediakan di halaman bersebelahan.
Bagi Surfing Fast, menghimpunkan Facebook, Twitter, Youtube,Google, Emel, Wikipedia, Gmail, Yahoo, MySpace, Amazon, CNN, CNET, Weather, NFT,NBA dan Footbal dalam satu aplikasi mudah iPhone.
Bagi Simple exCode, dicipta khas untuk pembelajaran kaedah mencipta aplikasi dan permainan lain di iPhone.
Akhir sekali, bendera Digital Harimau Malaya masih dalam proses penghasilan dan akan disiapkan tidak lama lagi.
Kesimpulannya, memanfaatkan sepenuhnya teknologi dan telekomunikasi yang tersedia ada sebelum tercetus idea menghasilkan produk aplikasi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment